SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA YANG SUDI BERKUNJUNG KE BLOG j-QAF SKTPP.

Monday 31 October 2011

LAWATAN GURU-GURU j-QAF DAERAH PASIR GUDANG











   Pada hari Khamis, 13 Oktober 2011 yang lalu Sek Kebangsaan Taman Pasir Putih               ( SKTPP ), Pasir Gudang telah dilawati oleh guru-guru j-QAF Daerah Pasir Gudang. Lawatan ini dinamakan sebagai   " FIKRAH ILMU ", yang mana tujuan lawatan ini ialah memberi ruang kepada guru-guru j-QAF Daerah Pasir Gudang mendapatkan ilmu serta bertukar pandangan di antara warga guru j-QAF SKTPP dalam menjayakan serta memurnikan lagi bilik j-QAF di sekolah masing-masing serta mempertingkatkan mutu pencapaian j-QAF di Daerah Pasir Gudang. 
     Antara aktiviti atau agenda pada hari tersebut ialah penerangan ringkas dari Pn. Raihan selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP mengenai perjalanan j-QAF bermula dari tahun 2005 sehinggalah ke hari ini di Dewan Perdana. Kemudian tetamu yang hadir telah dibawa melawat ke bilik j-QAF SKTPP yang terletak di tingkat paling atas di bangunan baru. Turut hadir beberapa orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. 
    Lawatan yang mengambil masa selama 4 jam itu memberikan suatu ilmu serta pengalaman juga pengetahuan baru bagi setiap guru j-QAF yang hadir. Hinggakan ada yang terasa berat untuk meninggalkan bilik j-QAF SKTPP. Semoga hasil dari lawatan ini, dapat memberi manfaat yang besar terhadap perjalanan  j-QAF di Daerah Pasir Gudang. InsyaAllah...

Sunday 9 October 2011

PERJALANAN j-QAF SKTPP HINGGA KE HARI INI

j-QAF SK TAMAN PASIR PUTIH