SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA YANG SUDI BERKUNJUNG KE BLOG j-QAF SKTPP.

Sunday 18 September 2011

SEJARAH SK TAMAN PASIR PUTIH

Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih terletak kira-kira 40km dari Bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini mula dibuka pada 1Januari 2002. Sekolah ini yang terdiri daripada sebuah bangunan 3 tingkat dan berbentuk ‘U’ dilengkapi dengan 26 buah bilik darjah dan bilik-bilik khas seperti Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Pemulihan, Bilik j-QAF dan Bilik ICT. Selang beberapa tahun kemudian, sekolah telah mendapat satu lagi bangunan baru yang menempatkan surau serta beberapa bilik khas tambahan. Bilik j-QAF yang dahulunya berada di bangunan lama juga telah dipindahkan ke bangunan baru ini.
Pada permulaan pembukaannya, terdapat seramai 662 orang pelajar dan 26 orang  guru dan kebanyakannya pelajar adalah dari kawasan perumahan Taman Pasir Putih dan sekolah-sekolah berhampiran yang tidak dapat menampung pelajar yang begitu ramai.
Oleh kerana sekolah baru sahaja dibuka, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mencorakkan senario dan panorama sekolah supaya kelihatan ceria dan harmonis sehingga tanggal 16 November 2002,                    Pn. Bibi Sakinah Bt. Haron Khan mula bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini.
Melalui jaringan komunikasi kerja yang sistematik dan berkesan, program-program disusun dan dilaksanakan mencakupi semua aspek-aspek pengurusan khususnya kurikulum pembangunan sahsiah pelajar, ko-kurikulum dan program komuniti.
Rekabentuk mural dan lanskap pula digarap dengan kemas selaras dengan program Alam Sekitar Merentasi Kurikulum. Kepercayaan yang diberikan kepada sekolah ini sebagai Pengerusi Pendidikan Alam Sekitar Daerah Johor Bahru dihargai sebagai satu ransangan untuk terus meningkatkan kualiti pengurusan alam sekitar merentasi kurikulum.
Perancangan strategi terus diterjemahkan menjurus kepada usaha memurnikan sekolah supaya lebih ceria dan harmonis. Natijahnya, sekolah ini memperoleh pengikhtirafan ‘benchmark’ dan merupakan fokus lawatan sekolah-sekolah dan warga pendidik.
Oleh kerana bilangan pelajar yang bertambah ramai, sekolah ini menjalankan pembelajaran 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Bagi pembelajaran sesi pagi, ianya ditetapkan untuk pelajar tahun tiga, tahun empat dan tahun enam. Manakala bagi pembelajaran sesi petang pula adalah bagi pelajar tahun satu, tahun dua dan tahun tiga.
Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih telah bertukar tampuk pimpinan baru yang diterajui oleh Guru Besar Tn. Haji Sa’adon Bin Haji Jufrin sehinggalah ke hari ini. Semoga Sk. Taman Pasir Putih terus unggul dan cemerlang hingga ke masa-masa akan datang.